Tuesday, October 21, 2008

MALAM AMBANG MERDEKA VERSI SINTOK

Mengorak langkah penuh kemerdekaan untuk menyambut malam gemilang penuh wanita di stadium sintok. Tanpa menghiraukan rasa gusar bau masam ketiak mereka-mereka yang bergelumang tapi tetap dengan matlamat yang sama, nak tengok pertunjukkan bunga api.


Sumpah, kami tak kenal pun awek-awek kacis ini. Senang kata, sesiapa yang memakai seragam yang bisa membuatkan hati kami tertawan, nescaya kami akan bergambar dengan mereka. Tapi ketiak awek ni pun masam juga la. Bedak tebalpun ketiak bau masam ka?

Ini cubaan kali pertama aku untuk mendekati maskot peliharaan kolej kediaman aku (Aku tiada dalam gambar). Maskot-maskot ini kelihatan jinak dan manja sekali. Kiut pun ada. Tapi bila kami tahu wajah sebenar maskot-maskot ini, hilang selera makan aku selama seminggu.


Ini gambar segerombolan manusia yang tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya dihubungkan dengan awek-belakang-yang-pakai-sanggul. Siapa kata majlis ini tidak dapat mengeratkan yang jauh?


Adik-adik pengakap ini pada mulanya malas nak layan perangai kebudak-budakan kami. Tapi selepas kami belanja penampar seorang dapat se-das, diorang pun setuju. Tengok tu, muka pun senyum tak ikhlas.

Tujuan sebenar kami. Menikmati permandangan indah percikan bunga api. Dan kami tidak hiraukan ini. Dalam kekalutan mereka yang jakun ambil gambar bunga api yang tiap-tiap tahun ada, ada juga antara kami yang masih lagi sibuk bergambar dengan wanita-wanita hot berpakaian tradisional yang seksi. Serius, diorang tak ajak aku.

No comments: