Tuesday, October 21, 2008

KEPUASAN DI SEBALIK KESENGSARAAN

Dalam menyempurnakan segala macam tugasan akademik yang dibekalkan oleh pensyarah, persefahaman yang jitu di antara setiap ahli pasukan amat diperlukan. Setiap ahli perlu ada jam penggera dalam diri sendiri yang berbunyi setiap kali hati ahli-ahli lain mula memaki-hamun sebab kau datang lambat.

Oleh itu, ini kali pertama atau ketiga atau dah banyak kali, aku (kami) menyempurnakan fasa terakhir tugasan akademik kami. Proses pengeditan. Proses ini memakan masa lebih kurang 10 jam (tambah tolak), yang mana proses pengeditan sebenarnya mengambil masa kira-kira 5 jam dan yang selebihnya dihabiskan dengan bergebang, mengumpat, gelakkan orang, mengutuk, minum-minum (kopi), hisap-hisap (rokok) dan bergayut (tak semua).



Juadah utama kami malam (pagi) itu ialah sisa biskut raya yang dibekalkan oleh aku sendiri. Sebenarnya aku bekalkan 2 bekas biskut raya. Tetapi, unfortunately, 1 bekas telah habis dibaham oleh Kennedy. Sedap katanya. Padahal Kuih Bangkit je pun. Huhuhu... Kat Sarawak takde kot.


Minuman rasmi untuk setiap kali perjumpaan ialah Kopi'O Penang yang turut dibekalkan oleh aku. Sebab aku tuan bilik katanya. Aku tukang masak air, aku tukang bancuh, aku tukang kutip cawan dan aku tukang basuh cawan. Untuk tugasan ini, kami tidak mengamalkan konsep "segregation of duties" sebab tugasan ini memang sudah dianugerahkan kepada tuan punya bilik untuk mana-mana perjumpaan. Hampeh betul...



Antara gajet-gajet yang kami gunakan untuk menyempurnakan proses pengeditan 10 jam itu. Gajet-gajet seperti mesin pencetak jenama Epson 3 dalam 1, 3 katrij warna, wayar penyambung (extension wire) dan 2 komputer bimbit pencetak dibekalkan sepenuhnya oleh Kennedy.


Proses "Proof-reading" yang disempurnakan oleh Printing Department (wakilnya : Kutax) dan pembantunya yang lebih mengunyah biskut raya dari mem"proof-reading"kan cetakan awal tugasan akademik kami.

Ini adalah 2 orang Technical Support Engineer yang berkhidmat sepenuh jiwa dan raga untuk proses pengeditan ini. Kedua-duanya available 24/7 sehingga 1 November ini. Call me for booking!


Antara kertas-kertas salah cetak yang terpaksa dilupuskan. Kami mengamalkan konsep sayangkan bumi. Kertas-kertas ini kami buang dalam tong oren (tong Kitar Semula).



Ini adalah salah seorang rakan kami yang terkorban untuk 4 jam sebelum proses pengeditan berakhir. Sebelum pergi ke alam lain, dia sempat meninggalkan beberapa efek bunyi yang amat menakutkan sebelum pergi ke sana untuk 4 jam berikutnya.
.
Aku sangat enjoy menyempurnakan tugasan ini kerana mendapat kerjasama 110% daripada ahli kumpulan walaupun ada seorang yang lost entah ke mana. Durasi kerja dari 11.00pm hingga ke 7.30am 14 Oktober 2008 adalah waktu yang sangat bermakna bagi aku untuk semester ini.

1 comment:

turtlebeach said...

good luck ntok last exam ni.