Wednesday, September 29, 2010

Wednesday, July 7, 2010

CUTI RAYA CINA ; BERJALAN KE PANTAI BARAT, TELUK INTAN & KUALA SELANGOR






















(1) Perjalanan kali ini memang tidak dirancang sama sekarang sebab ayah baru dapat durian runtuh dari kontraktor projek di bawah seliaannya. Kami gerak pagi-pagi lepas subuh dan sampai ke Teluk Intan pada sebelah petang. Alhamdulillah, sempat jenguk bekas room-mate semasa di Kampus Utara dulu.

(2) Esoknya kami bergerak ke Teluk Intan. Saja nak tengok tempat orang. Nak tengok menara condong yang paling penting. Gayat woo!

(3) Petang itu juga kami terus gerak ke Kuala Selangor. Makan tengah hari di kedai hujung, deretan kedai bertentangan dengan jalan masuk ke Bukit Melawati. Boleh tahan sedap makanan situ. Siapa-siapa yang naik panjat bukit ini, sila makan di sini dulu. Di puncak bukit cuma ada jual kacang panjang saja.

(4) Aktiviti paling best di puncak bukit ialah bergambar dan bagi monyet makan. Semua jinak-jinak belaka. Ganas cuma kalau berebut makanan sahaja. Dan mereka sangat tidak cute :p

Tuesday, July 6, 2010

ROAD TO KUALA MUDA ; TAPAK TSUNAMI DAN MAJLIS TUNANG SEPUPU AKU





















(1) Tujuan utama : Ikut rombongan meminang ke Kuala Muda sebagai escort untuk meramaikan majlis. Dapat la dapat 4 kereta yang ikut ke sana. Destinasi adalah sebuah kampung yang pernah menjadi mangsa tsunami dulu. Ya, keluarga tunang sepupu aku adalah salah sebuah keluarga yang menjadi mangsa dan sekarang mendapat rumah baru dari kerajaan kerana rumahnya musnah habis dalam tragedi itu. Kami bermalam di salah sebuah rumah yang "survive" dalam tragedi itu. Pemiliknya telah "renovate" kembali dan disewakan. Menurut jirannya, pemilik ini dah pindah ke Alor Setar sebab fobia tragedi yang dulu. Rumah ini "ngam-ngam" beberapa meter lagi nak jejak paras tertinggi air pasang.

(2) Di belakang rumah itu, terdapat seakan kawasan kuburan segala macam siput dan kerang. Semuanya hanya cengkerang semata-mata. Teori adik aku, mungkin semua orang Kedah buang kulit siput dan kerang di sini lepas makan.

(3) Lepas majlis, 3 kereta terus meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi sebagai memenuhi permintaan atok aku yang kepingin ke sana. Tak pernah pergi katanya. Manakala kereta aku, hanya berehat di Georgetown. Dapat-lah tidur semalaman berehat.

(4) Pulang ke selatan keesokkan paginya selepas bersarapan dan beli jeruk di stesen bas. Sempat singgah di Hentian Rehat Bukit Gantang untuk beli buah-buahan dan sempat singgah di Kolumpo sebab mak pergi shopping di Jalan TAR. Sempat la juga sauk sehelai jean berjenama. Nasib baik semuanya sempat.

(5) Lewat petang baru sambung perjalanan ke Johor. Di pertengahan jalan, sempat menyaksikan fenomena alam, gerhana bulan. Masya-Allah. Takjub sekali.