Wednesday, August 27, 2008

ROAD TO LATA BAYU, BALING 080808

Rombongan kami dikuasakan dengan kehadiran 11 orang jejaka dan seorang gadis. Seorang gadis?

Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam melalui lebuhraya utara selatan. Duit minyak bergantung kepada kenderaan masing-masing. Kalau naik Vios atau Saga DU, maka minyak pun mahal lah. Kalau nak kancil, murah sikit la.

Rombongan berhenti sejenak di susur keluar Tol Gurun untuk menunggu kereta yang lambat. Dan pekena sepam dua rokok.


Rombongan sampai di Lata Bayu sejurus sebelum solat Jumaat bermula dan perut mula berkeroncong-roncong.


Lama tak jumpa air terjun. Jadi jakun la kami.


Di bawah ni adalah antara aksi-aksi kecerdikan buatan (artificial intelligent) yang dilakukan oleh ahli rombongan.
















Bergambar sebelum pulang.



Ahli-ahli rombongan.

Padel dan Nuar Ganja
Kutax
Din
Qirr
Muffler
Tutot dan Maria Ozawanya.


Jiji a.k.a Tomoq


Mat Pen

Fikrikacak

Zan

Tuesday, August 26, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN IBTIHAJ (KAKAK KEPADA 'AFAF, AWEK KUTAX)



Kami memulakan perjalanan jam 12.00pm. Tertangguh 1/2 jam gara-gara telefon bimbit Razman gagal berfungsi seperti yang sepatutnya. Naik kereta sewa yang petrolnya ditaja sepenuhnya oleh Kutax. Tepuk tangan sikit! Buat ombak!
Kebetulan pula, kami sampai di Taman Rakyat, Alor Setar sama masa dengan pengantin nak berarak. Rasa macam rombongan pengantin la pula. Nampak pakcik-kemeja-oren ni. Dia ni la pemeriah majlis. Ada je usikan-usikan dia.
Warna tema pengantin ini ialah biru laut. Boleh la. Berkilat-kilat. Cuba tanya Kutax, majlis dia nanti nak guna warna apa? Tempatnya kat sini juga. Cuma warna je lain.
Jangan ada sesiapa tanya, milik siapakah awek ini? Ha... Ini la 'Afaf. Awek Kutax. Walaupun Kutax tak perkenalkan aku dengan awek dia (kes takut aku ngurat la ni), aku tetap kenal awek dia. Ha..ha..ha..
Ini la rombongan wakil dari UUM. Tak ramai. 3 orang je. Kami datang dengan perut penuh keroncongnya.
Ini la pengantin. Angle dekat. Yang lelaki tu bakal abang ipar Kutax. Yang perempuan ni bakal kakak ipar Kutax.
Kami pulang lebih kurang jam 3.00pm. Selepas insiden "goodie bag" Kutax tertinggal atas kereta, Razman terus memecut kancil pulang ke UUM.

Sunday, August 24, 2008

SAMBUTAN MERDEKA 2008 (SAMMER '08) @ EON

Aku dirayu oleh seorang sahabat untuk menjadi juri pertandingan melukis poster kemerdekaan sempena minggu sambutan kemerdekaan peringkat DPP Eon pada 9 Ogos 2008 yang lalu. Ini serba sedikit gambar yang aku hendak lampirkan.


***Aku juri? Hehehe...





**Agak-agak korang, poster mana yang layak menang?





***Dapat cenderahati selain makan tengahhari percuma. Yay!