Sunday, June 29, 2008

SEJENAK DI KUALA LUMPUR






Sabtu dan Ahad yang lepas, aku selaku Co-Pilot JHF 123, telah menghadiri majlis perkahwinan anak kepada salah seorang sahabat lama boss aku di Kampung Melayu Subang. Ini ada serba sedikit gambar kami ke sana.

Agak janggal bagi emak aku kerana melihat berbeza Kuala Lumpur sekarang dengan Kuala Lumpur dahulu. Kira-kira 30 tahun yang lalu. Sewaktu zaman mudanya.

Emak aku tinggal di Kampung Baru, di belakang sekolah rendah di situ dan bekerja di LHDN (dahulunya JHDN) di Jalan Duta. Boss aku pula tinggal di Bangsar dan Sentul. Kerjanya pula di HQ JKR tingkat 18 (bahagian pendidikan). Banyak la kenangan yang mereka ceritakan pada aku.

Zaman dulu. Waktu nak ber"dating", jalan kaki je. Atau naik motor racing boss aku. Berdating samada di Tasik Titiwangsa atau di Jalan Chow Kit. Kalau "dating", mesti makan kerang rebus di situ. Atau makan di rumah sewa emak aku. Emak aku yang masak. Dan di Kuala Lumpur inilah, emak aku mula menerima tempahan jahitan. Dan kerjaya tambahan ini menjadi titik tolak kepada profesionalisme-nya sekarang.

Rumah pertama mereka selepas berkahwin terletak di Kampung Chubadak Dalam, Sentul. Kami tengok semalam, macam dah rata je kawasan tu. Tinggal kenangan. Di situlah aku membesar selama 2 tahun. Tempat aku mula kenal apa itu tanah dan kehidupan.

Lalu di kawasan Sentul yang sangat sibuk, emak aku sempat bercerita tentang pasar sentul yang emak aku selalu pergi dulu. Kata emak aku, kalau nak hidup mudah di KL, kena kenal dengan orang pasar, baru dapat harga murah. Itu pun kalau kau reti masak la. Kalau tak, ngorat tauke kedai makan jek. Lagipun sekarang ni, kedai makan buka 24 jam. Dulu, asal pukul 1 pagi, dah lengang kedai makan.

Thursday, June 5, 2008

PESANAN BUAT BUDGET TRAVELLER




Jika badan kurus melidi, shopping se-pulau jangan diduga.
Jika takut hendak bershopping, jangan bercuti di pulau Langkawi.
Badan kena tough, hati kena tabah, baru larat nak angkat beg berkoyan-koyan.
Tenaga kena ada, poket kena tebal.
Ingat tau Apok, pesanan khidmat masyarakat dari saya.

Wednesday, June 4, 2008

MEREKA DIGANDINGKAN DALAM SATU MAJLIS

Suatu ketika, di hujung minggu yang lalu...

Roshairi Fazrull dan pasangannya, Norahimah Misran.
Majlis diadakan di Parit Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Khairul Syakirin b. Zakaria dan pasangannya serta kawan-kawan NTMTTS.
Majlis berlangsung di Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.


Wan Mohd Isa b. Wan Ismail dan pasangannya.
Majlis di Felda Lui Selatan, Bahau, Negeri Sembilan.

MENU APAKAH INI?


Mungkin disebabkan faktor papan yang pendek lalu makcik gerai pendekkan perkataan pula.

Tuesday, June 3, 2008

PERTANDINGAN ZAPIN 2008 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Entri ini khas untuk anak-anak Johor yang berada di perantauan dan juga rakyat Malaysia demi mengingatkan kita bahawa betapa pentingnya memartabatkan seni negara kita. Semoga kita tidak lupa dengan tarian kebanggaan negeri kita. Sangat meriah. Sebanyak 43 pasukan dari seluruh negeri Johor memasuki peringkat akhir yang terdiri dari 5 kategori iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Agensi Kerajaan, Mukim dan Terbuka, yang berlangsung selama 3 hari di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru. Tapi gambar-gambar ni hanya pada malam terakhir. Kekangan masa membataskan saya untuk menghadiri sesi pada malam pertama dan kedua. Tataplah..

Tarian pembukaan oleh adik-adik dari 3 sekolah rendah iaitu SRJK (C) Pei Hwa Skudai, SRJK (T) Pasir Gudang 2 dan Sekolah Kebangsaan.... Saya tak pasti. Hehehe....


Persembahan dari penari-penari Yayasan Warisan Johor.


Pasukan De Waris dari Mukim Parit Jawa, Muar (Kategori Mukim)

Pasukan Selendang Pesona dari Jabatan KEMAS, Pontian (Kategori Agensi Kerajaan) - Siapa kata kaum ibu tak boleh menari?

Pasukan dari Majlis Perbandaran Kulai (Kategori Agensi Kerajaan)

Pasukan Adi Mustika dari Jabatan Kastam dan Eksais Johor Bahru (Pemenang No.1 dan Pakaian terbaik Kategori Agensi Kerajaan)

Pasukan dari Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Johor Bahru (Pemenang n0.1 dan Pakaian terbaik Kategori Sekolah Rendah)

Pasukan dari SRJK (C) Jementah 2, Segamat (Kategori Sekolah Rendah)

Pasukan dari Sekolah Menengah Anjung Batu, Mersing (Pemenang no.2 dan Pakaian terbaik Kategori Sekolah Menengah


Pasukan dari Sekolah Menengah Parit Bunga, Mukim Ledang (Kategori Mukim)

Pasukan Anjung Budaya Studio, Kluang (Kategori terbuka)

Pasukan Sanggar Budaya Seri Pengkalan, Segamat (Kategori Terbuka)

Pasukan Dana Sri Maharaja, Muar (Kategori Terbuka)



Pasukan Seni Budaya Batu Pahat, Batu Pahat (Kategori Terbuka)


Tarian penutup oleh penari-penari Yayasan Warisan Johor


Tarian penutup oleh adik-adik OKU (Cacat Pendengaran) dari Sekolah Kebangsaan di Kluang (Lupa la namanya)

FIRST SHOT!

Bang! Bang!