Tuesday, December 9, 2008

MAJLIS BIRTHDAY GENG CIKGU KAUNSELING DI TAMAN TENGKU MAHERAN

Siapa kata menjadi cikgu itu tidak menyeronokkan? Dan cikgu itu sendiri membosankan? Walaupun dibebani dengan pelbagai masalah peribadi dan masalah murid itu sendiri, mereka juga bijak memilih aktiviti luar kelas mereka sendiri. Dan ia menyeronokkan!










Sunday, November 23, 2008

MAKAN MALAM BERSAMA PELAJAR SEMESTER AKHIR DI D9 221108

Biasa la. Sudah menjadi kebiasaan, bila dah semester akhir, baru-lah rasa nak makan together-gether dengan kawan-kawan. Bak kata orang, buat kali terakhir. Bukan aku semester akhir. Cuma layankan beberapa orang kenalan semester akhir. Buat meriah majlis, katanya. Ha, nah! Aku kasi meriah, korang bagi aku makan puas-puas ok?



Minum air satu jag, baru-lah power!


Ops! Tak sempat nak snap gambar, chicken chop mushroom sauce dah habis.


Apekejadah makan chicken chop, dia bagi limau buat perhiasan?

Skim makanan tambahan. Takat celah gigi aku je.


Sumbangan ikhlas tauke-tauke dadih.


Senior manager, Tauke-Dadih-No.1


Romeo No.1


Junior manager, Tauke-Dadih-No.2


Mereka yang hadir.


Buat apa gelap-gelap? Hehehe...


Boo!



MENDAKI PUNCAK VISTA YANG BOLEH TAHAN TINGGI 221008

Ini kali pertama dalam 3 tahun aku di kampus ini, mendaki bukit 50 darjah kecondongan, Puncak Vista, pada waktu pagi sedang elok sedap-sedap nak tidur. Bukan main penat berjalan dari kolej. Nasib baik la trek dah siap awal-awal lagi. Ada tangga simen lagi. Nasib baik aku bukan orang pertama yang daki bukit ni, kalau tak mana nak berjalan dari kolej lagi, nak buat tangga simen lagi, nak daki bukit lagi. Penat!
















Tuesday, October 21, 2008

KEPUASAN DI SEBALIK KESENGSARAAN

Dalam menyempurnakan segala macam tugasan akademik yang dibekalkan oleh pensyarah, persefahaman yang jitu di antara setiap ahli pasukan amat diperlukan. Setiap ahli perlu ada jam penggera dalam diri sendiri yang berbunyi setiap kali hati ahli-ahli lain mula memaki-hamun sebab kau datang lambat.

Oleh itu, ini kali pertama atau ketiga atau dah banyak kali, aku (kami) menyempurnakan fasa terakhir tugasan akademik kami. Proses pengeditan. Proses ini memakan masa lebih kurang 10 jam (tambah tolak), yang mana proses pengeditan sebenarnya mengambil masa kira-kira 5 jam dan yang selebihnya dihabiskan dengan bergebang, mengumpat, gelakkan orang, mengutuk, minum-minum (kopi), hisap-hisap (rokok) dan bergayut (tak semua).



Juadah utama kami malam (pagi) itu ialah sisa biskut raya yang dibekalkan oleh aku sendiri. Sebenarnya aku bekalkan 2 bekas biskut raya. Tetapi, unfortunately, 1 bekas telah habis dibaham oleh Kennedy. Sedap katanya. Padahal Kuih Bangkit je pun. Huhuhu... Kat Sarawak takde kot.


Minuman rasmi untuk setiap kali perjumpaan ialah Kopi'O Penang yang turut dibekalkan oleh aku. Sebab aku tuan bilik katanya. Aku tukang masak air, aku tukang bancuh, aku tukang kutip cawan dan aku tukang basuh cawan. Untuk tugasan ini, kami tidak mengamalkan konsep "segregation of duties" sebab tugasan ini memang sudah dianugerahkan kepada tuan punya bilik untuk mana-mana perjumpaan. Hampeh betul...



Antara gajet-gajet yang kami gunakan untuk menyempurnakan proses pengeditan 10 jam itu. Gajet-gajet seperti mesin pencetak jenama Epson 3 dalam 1, 3 katrij warna, wayar penyambung (extension wire) dan 2 komputer bimbit pencetak dibekalkan sepenuhnya oleh Kennedy.


Proses "Proof-reading" yang disempurnakan oleh Printing Department (wakilnya : Kutax) dan pembantunya yang lebih mengunyah biskut raya dari mem"proof-reading"kan cetakan awal tugasan akademik kami.

Ini adalah 2 orang Technical Support Engineer yang berkhidmat sepenuh jiwa dan raga untuk proses pengeditan ini. Kedua-duanya available 24/7 sehingga 1 November ini. Call me for booking!


Antara kertas-kertas salah cetak yang terpaksa dilupuskan. Kami mengamalkan konsep sayangkan bumi. Kertas-kertas ini kami buang dalam tong oren (tong Kitar Semula).



Ini adalah salah seorang rakan kami yang terkorban untuk 4 jam sebelum proses pengeditan berakhir. Sebelum pergi ke alam lain, dia sempat meninggalkan beberapa efek bunyi yang amat menakutkan sebelum pergi ke sana untuk 4 jam berikutnya.
.
Aku sangat enjoy menyempurnakan tugasan ini kerana mendapat kerjasama 110% daripada ahli kumpulan walaupun ada seorang yang lost entah ke mana. Durasi kerja dari 11.00pm hingga ke 7.30am 14 Oktober 2008 adalah waktu yang sangat bermakna bagi aku untuk semester ini.

MALAM AMBANG MERDEKA VERSI SINTOK

Mengorak langkah penuh kemerdekaan untuk menyambut malam gemilang penuh wanita di stadium sintok. Tanpa menghiraukan rasa gusar bau masam ketiak mereka-mereka yang bergelumang tapi tetap dengan matlamat yang sama, nak tengok pertunjukkan bunga api.


Sumpah, kami tak kenal pun awek-awek kacis ini. Senang kata, sesiapa yang memakai seragam yang bisa membuatkan hati kami tertawan, nescaya kami akan bergambar dengan mereka. Tapi ketiak awek ni pun masam juga la. Bedak tebalpun ketiak bau masam ka?

Ini cubaan kali pertama aku untuk mendekati maskot peliharaan kolej kediaman aku (Aku tiada dalam gambar). Maskot-maskot ini kelihatan jinak dan manja sekali. Kiut pun ada. Tapi bila kami tahu wajah sebenar maskot-maskot ini, hilang selera makan aku selama seminggu.


Ini gambar segerombolan manusia yang tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya dihubungkan dengan awek-belakang-yang-pakai-sanggul. Siapa kata majlis ini tidak dapat mengeratkan yang jauh?


Adik-adik pengakap ini pada mulanya malas nak layan perangai kebudak-budakan kami. Tapi selepas kami belanja penampar seorang dapat se-das, diorang pun setuju. Tengok tu, muka pun senyum tak ikhlas.

Tujuan sebenar kami. Menikmati permandangan indah percikan bunga api. Dan kami tidak hiraukan ini. Dalam kekalutan mereka yang jakun ambil gambar bunga api yang tiap-tiap tahun ada, ada juga antara kami yang masih lagi sibuk bergambar dengan wanita-wanita hot berpakaian tradisional yang seksi. Serius, diorang tak ajak aku.