Wednesday, July 7, 2010

CUTI RAYA CINA ; BERJALAN KE PANTAI BARAT, TELUK INTAN & KUALA SELANGOR






















(1) Perjalanan kali ini memang tidak dirancang sama sekarang sebab ayah baru dapat durian runtuh dari kontraktor projek di bawah seliaannya. Kami gerak pagi-pagi lepas subuh dan sampai ke Teluk Intan pada sebelah petang. Alhamdulillah, sempat jenguk bekas room-mate semasa di Kampus Utara dulu.

(2) Esoknya kami bergerak ke Teluk Intan. Saja nak tengok tempat orang. Nak tengok menara condong yang paling penting. Gayat woo!

(3) Petang itu juga kami terus gerak ke Kuala Selangor. Makan tengah hari di kedai hujung, deretan kedai bertentangan dengan jalan masuk ke Bukit Melawati. Boleh tahan sedap makanan situ. Siapa-siapa yang naik panjat bukit ini, sila makan di sini dulu. Di puncak bukit cuma ada jual kacang panjang saja.

(4) Aktiviti paling best di puncak bukit ialah bergambar dan bagi monyet makan. Semua jinak-jinak belaka. Ganas cuma kalau berebut makanan sahaja. Dan mereka sangat tidak cute :p

No comments: