Tuesday, August 26, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN IBTIHAJ (KAKAK KEPADA 'AFAF, AWEK KUTAX)



Kami memulakan perjalanan jam 12.00pm. Tertangguh 1/2 jam gara-gara telefon bimbit Razman gagal berfungsi seperti yang sepatutnya. Naik kereta sewa yang petrolnya ditaja sepenuhnya oleh Kutax. Tepuk tangan sikit! Buat ombak!
Kebetulan pula, kami sampai di Taman Rakyat, Alor Setar sama masa dengan pengantin nak berarak. Rasa macam rombongan pengantin la pula. Nampak pakcik-kemeja-oren ni. Dia ni la pemeriah majlis. Ada je usikan-usikan dia.
Warna tema pengantin ini ialah biru laut. Boleh la. Berkilat-kilat. Cuba tanya Kutax, majlis dia nanti nak guna warna apa? Tempatnya kat sini juga. Cuma warna je lain.
Jangan ada sesiapa tanya, milik siapakah awek ini? Ha... Ini la 'Afaf. Awek Kutax. Walaupun Kutax tak perkenalkan aku dengan awek dia (kes takut aku ngurat la ni), aku tetap kenal awek dia. Ha..ha..ha..
Ini la rombongan wakil dari UUM. Tak ramai. 3 orang je. Kami datang dengan perut penuh keroncongnya.
Ini la pengantin. Angle dekat. Yang lelaki tu bakal abang ipar Kutax. Yang perempuan ni bakal kakak ipar Kutax.
Kami pulang lebih kurang jam 3.00pm. Selepas insiden "goodie bag" Kutax tertinggal atas kereta, Razman terus memecut kancil pulang ke UUM.

No comments: