Sunday, June 29, 2008

SEJENAK DI KUALA LUMPUR






Sabtu dan Ahad yang lepas, aku selaku Co-Pilot JHF 123, telah menghadiri majlis perkahwinan anak kepada salah seorang sahabat lama boss aku di Kampung Melayu Subang. Ini ada serba sedikit gambar kami ke sana.

Agak janggal bagi emak aku kerana melihat berbeza Kuala Lumpur sekarang dengan Kuala Lumpur dahulu. Kira-kira 30 tahun yang lalu. Sewaktu zaman mudanya.

Emak aku tinggal di Kampung Baru, di belakang sekolah rendah di situ dan bekerja di LHDN (dahulunya JHDN) di Jalan Duta. Boss aku pula tinggal di Bangsar dan Sentul. Kerjanya pula di HQ JKR tingkat 18 (bahagian pendidikan). Banyak la kenangan yang mereka ceritakan pada aku.

Zaman dulu. Waktu nak ber"dating", jalan kaki je. Atau naik motor racing boss aku. Berdating samada di Tasik Titiwangsa atau di Jalan Chow Kit. Kalau "dating", mesti makan kerang rebus di situ. Atau makan di rumah sewa emak aku. Emak aku yang masak. Dan di Kuala Lumpur inilah, emak aku mula menerima tempahan jahitan. Dan kerjaya tambahan ini menjadi titik tolak kepada profesionalisme-nya sekarang.

Rumah pertama mereka selepas berkahwin terletak di Kampung Chubadak Dalam, Sentul. Kami tengok semalam, macam dah rata je kawasan tu. Tinggal kenangan. Di situlah aku membesar selama 2 tahun. Tempat aku mula kenal apa itu tanah dan kehidupan.

Lalu di kawasan Sentul yang sangat sibuk, emak aku sempat bercerita tentang pasar sentul yang emak aku selalu pergi dulu. Kata emak aku, kalau nak hidup mudah di KL, kena kenal dengan orang pasar, baru dapat harga murah. Itu pun kalau kau reti masak la. Kalau tak, ngorat tauke kedai makan jek. Lagipun sekarang ni, kedai makan buka 24 jam. Dulu, asal pukul 1 pagi, dah lengang kedai makan.

No comments: